Kemunculan Seekor Naga Putih Ditembak Mati

Posted by Ketiak Bauk on Friday, November 27, 2015 |


Naga putih ditembak mati, Seekor naga telah ditembak mati di sebuah rumah yang berada di dusun durian apabila pemilik dusun menyedari sejak kebelakangan ini selalu kehilangan beberapa ekor arnab yang diternak di dalam kawasan dusun tersebut. Pemilik dusun Boon Chin Yo sedang tidur di bilik tingkat 2 rumah tersebut terjaga apabila terdengar bunyi jeritan arnab dan bunyi ganjil seakan bunyi harimau.
 
Pemilik dusun terus intai daripada tangga dapati seekor hewan ganjil yang mempunyai sepasang tanduk dan misai panjang sedang meratah seekor arnab jantan. Oleh kerana cemas, beliau terus mengambil senapang auto dan melepaskan 8 das tembakan menyebabkan haiwan ganjil tersebut tersungkur ke lantai.
 
Setelah mempastikan hewan tersebut benar-benar telah mati beliau amat memperanjatkan apabila mendapati ia adalah seekor naga putih berbulu seakan-akan bulu arnab. Beliau yang ditemui pemberita berkata, "betapa saya tidak menyangka haiwan itu seekor naga putih. Amat mengejutkan saya" kerana menurut kepercayaan cina apabila seekor naga memasuki rumah akan membawa 'ong' dan tanduknya boleh mencecah harga jutaan ringgit. 




Walaubagaimanapun, beliau tidak berencana untuk menjual bahagian anggota badan hewan ajaib tersebut kepada pihak tertentu dan akan mengawet bangkai hewan tersebut untuk tatapan umum.

Subscription

You can subscribe by e-mail to receive news updates and breaking stories.

Tag Cloud

Artikel Terbaru

Archives

Total Pageviews